Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL)

Program Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL) direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan memperolehi pengalaman dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan industri pelancongan.

Antara kandungan pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Asas Pelancongan Malaysia, Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti, Interpretasi Pelancongan, Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan, Geografi Pelancongan, Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara Sosial.

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus am dimana pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan. Di samping tugasan dan ujian, pelajar juga akan dinilai melalui amali dan juga praktikal bagi membolehkan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara berkesan.

Program sijil ini ditawarkan selama empat (4) semester termasuk latihan industri pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar sebagai persediaan untuk memasuki pasaran kerja. Lulusan program ini akan bersedia menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang pelancongan.

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan yang boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis kerjaya dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar dari program ini membolehkan mereka meneroka peluang pekerjaan sebagai:

  • Pemandu Pelancong Bandar (City Guide)
  • Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide)
  • Pemandu Pelancong Setempat (Onsite Guide)
  • Kerani Tempahan
  • Perunding Lawatan
  • Koordinator Lawatan
  • Pegawai Pelancongan
  • Penyelia Rekreasi
  • Pengendali Acara
  • Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Wakil Pemasaran dan Jualan
  • Usahawan

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amal