Aktiviti : Program Inspirasi Laman Hijau KKTB
Aktiviti Smart Green
Tarikh : 05 Jun 2024
Maklumat Program :Program Inspirasi Laman Hijau KKTB yang mana objektifnya untuk menghasilkan kawasan hijau di KKTB serta menggalakkan penyertaan staf dan pelajar dalam usaha penanaman pokok. Aktiviti penanaman pokok ini dilaksanakan sebagai meraikan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day) pada 5 Jun setiap tahun di seluruh dunia serta sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggung jawab bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Institusi pendidikan seperti KKTB memainkan peranan penting untuk merealisasikan objektif ini. Pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak tentang pentingnya membudayakan penjagaan persekitaran untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem sekitar kawasan walaupun dengan skala yang kecil.

Hubungi Kami

Alamat

Kolej Komuniti Tangga Batu

Lot 423, Jalan SS1 Taman Sayang Selasih, 75200 Klebang Melaka

No Telefon

06-3152952

Email

adminkktb@kkatnggabatu.edu.my