Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB), merupakan salah satu daripada 103 buah Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik DanĀ  Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhan Kolej Komuniti telah diluluskan dalam mesyuarat cabinet pada 5 julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti. Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan daripada Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabtan Pengajian Kolej Komuniti. Di awal penubuhannya, Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan di seluruh negeri. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran.

Kolej Komuniti Tangga Batu telah mula beroperasi pada Ogos 2010 sebagai cawangan kepada Kolej Komuniti Masjid Tanah dan mulai Oktober 2012 Kolej Komuniti Tangga Batu telah beroperasi sendiri yang terletak di Taman Sayang Selasih, Klebang Melaka.

Sasaran penubuhan Kolej Komuniti Tangga Batu adalah untuk mendidik pelajar-pelajar lepasan SPM yang mempunyai minat dalam bidang kemahiran. Selain itu, Kolej Komuniti Tangga Batu juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menambah kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berasaskan kemahiran dan ilmu terkini melalui kursus pendek yang diadakan pada setiap hujung minggu.